Pernah jumpa tak threat ni? memang kebiasaan kat rantau asia… variant pun banyak. New folder.exe mmg menyampah.. asyik nak self-copy jer… sampai hard disk pun penuh dengan menda alah ni. Orait! Masa untuk membuang menda yang dipanggil “new folder.exe“.
Manual:
Run > Search > All files and folders > Taipkan ” new folder.exe ” > Search > padam semua yang anda jumpa dengan menggunakan search !
Dengan software:
http://www.2shared.com/file/5498577/fd0bd987/Folder_Exe_Removal.html
Oh ya, software ni perlukan ocx. Biasanya mmg dah ada dalam windows. Tak perlulah risau!
Ok.. ni je yang sempat kongsi. Jemput2lah ke forum MalaysiAV . Disana kami para user web akan saling bantu-membantu. [ http://MalaysiAV.com ]
P/S: Thanks untuk Mikicun kerana support hosting MalaysiAV
Sedikit update untuk bulan ni. Maklumlah tiada komputer.. harap interface ni akan MASOKIS tingkatkan lagi… Terima kasih kepada adik Zie, kerana memberikan info yang menarik. Pengunjung boleh melayari blognya di http://www.zieantivirus.blogspot.com . Insyallah, saya akan selalu keep in touch dengan anda semua. Wassalam..

Rasa semacam je nak tulis tajuk ni. Rasa hampa dan tak guna pun ada… mesin yang berjenama COMPAQ, model CQ40-310AU yang selalu menemani MASOKIS dalam kerja-kerja pengaturcaraan, design dan macam-macam senyap membisu… rasa kaku…
Apa yang adah jadi? “cucuk” A/C power pun tak nyala.. guna bateri pun tak jalan… pakai 2 sumber sekaligus pun sama juga…. hampa sungguh rasa… ku belek2 part mesin itu, kot2 ada yang cedera.. tapi semunya okey dan alhamdulillah jer…. tapi apa dah jadi ??? BIOS pun tak masuk..POST lagilah tak dapat….
Itulah sedikit perasaan MASOKIS yang hampa…. setelah mengetahui MOBO komputer riba telah rosak… nasib baik masih dalam tempoh waranti lagi… tetapi rasa keliru.. tak tahu nak merujuk pada siapa…
Buka website compaq [ http://welcome.hp.com/country/my/en/welcome.html ], tapi emtahlah.. banyak sangat yang mengarut.. nak check warantty pun susah… fungsi redirection web ni pun asyik nak menuju ke hosting US jer….. menyusahkan je…
MASOKIS berharap pada seseorang sekarang ni. MASOKIS mengupah dia untuk menguruskan segalanya. Projek MAV2 tertangguh lagi.. baru je nak belajar delphi dan python.. semua tersangkut. MASOKIS pun ada terlibat dengan programming game menggunakan Unity3D dengan seorang kenalan Putera.com…
hmmm..apalah nak jadi seterusnya…………
PERKEMBANGAN MAV:
– DAH ADA FUNGSI ENCRYT
– SMART DOUBLE EXTENSION SCANNER
– LIVE UPDATE….
P/S: Itu jelah yang sempat MASOKIS buat… sedihnya…
Assalamulaikum & salam sejahtera…
Maaflah kerana lama tak update post blog ni. MASOKIS kekurangan masa untuk menaip kerana menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat…
Hari ni masokis kurang sibuk skit, maka post kali ni adalah untuk saudara/i Zie yang bertanyakan tentang sandboxie. Iaitu perisian yang membolehkan “perisian” dijalankan secara selamat mengikut modus yang tidak mendatangkan kerosakkan kepada komputer anda.
Apa2 pun masokis buat tutorial ni secara tergesa-gesa, harap anda semua dapat memahaminya dengan mudah. kalau ada yang kurang jelas, saya akan jelaskan lagi.. (he3, aku dah mengarut ni)
Selamat datang ke MASOKIS.COM, Semoga anda dapat manfaat atas segala hasil kerja dan ilmu yang dicurahkan kedalam blog ini. Setelah beberapa minggu yang lepas, saya telah mengeluarkan MAV versi 1.0 BETA. Ianya untuk saya mendapat respons terhadap aplikasi ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Kini tibalah untuk kelahiran versi ke 1.1 pula, ianya masih di fasa BETA. Enjin scanner juga telah dioptimakan ke tahap lebih ringan dan cepat. Saya juga sertakan tools yang boleh anda gunakan bersama-sama. Oh, ya! Ianya juga bersifat portable.
REVIEW MAV VERSION 1.1 BETA
Code name : ADAM
Compiler : Visual Basic 6
Fungsi:
|
*Fungsi splash screen dibuang untuk versi ini, demi mencepatkan fungsi enjin MAV berfungsi ke tahap yang optima
![]()
Klik disini: MAV Version 1.1 BETA (126)



